Khasiat Bijirin
Bijirin Bantu merendahkan kolestrol
Menjelas lanjut mengenai kelebihan bijirin,Ketua Pegawai Eksekutif Biovelop International,Henrick Schmidt bekata khasiat dan kebaikan bijirin sudah lama diyakini,namun di malaysia,ia kurang menjadi pilihan diet disebabkan beberapa faktor antaranya keran rasanya yang hambar serta kesuntukan masa bagi menjadikannya sebagai hidangan menarik.
Bagaimanapun,tidak semua bijirin sama manfaatnya biarpun memiliki kemiripan kelebihan lain terhadap kesihatan."Khasiat bijirin dedak adalah lebih berbanding bijirin kisar.Jika kita tahu membezakan dan manfaatkan sepenuhnya perbezaan dihasilkan,ia tetap memberikan kesihatan optimum untuk semua.
"Kemewahan kandungan zat dan nutrisi dalam bijirin bukan sahaja mampu merendahkan kadar kolestrol,tapi ia juga diyakini mampu membantu tubuh mengawal penghasilan gula dan perguguran lemak,"jelasnya lagi.
Khasiat Bijirin
Kordel's melancarkan misi membantu orang ramai mengekalkan kadar kolestrol rendah melalui penganbilan bijirin bukan saja mudah,tetapi enak untuk dimakan.
Pengarah Camber Sdn Bhd yang juga pengimport dan pengedar prodduk berasaskan ksihatn Kordel's di Malaysia,Daniel Zuelling berkata kandungan beta glukan (serat larut) dalam bijirin dihasilkan daripada ekstrak penyaringan bebas bahan kimia dan bebas etanol,di Sweeden sebelum diperoses kepada serbuk mudah larut memberikan banyak manfaat kepada tubuh.
"Proses saringan itu menukarkan daripada tiga mangkuk pengambilan bijirin kepada dua sudu setiap saja.Serbuk bijirin mengandungi 35 peratus beta-glukan turut mengandungi serat tinggi,sekali gus menyediakan pelbagai manfaat kepada tubuh.
"Beta-glukan yang terkandung dalam bijirin bertindak seperti vakum kolesterol dengan bergabung bersama kolesterol dan membuangkannya keluar melalui saluran najis dan mencegah tubuh daripada menyimpan bahan berbahaya,"jelasnya.
0 comments:
Post a Comment